Suka Artikel ini Download PDF
Balai cerap merupakan sebuah bangunan yang dibina dengan fungsi utamanya adalah sebagai pusat pencerapan objek-objek yang terdapat ruang angkasa seperti matahari, bulan, bintang, planet dan lain-lain objek samawi. Selain itu, balai cerap digunakan untuk cerapan hilal untuk menentukan perubahan bulan dalam kalender hijri dan penentuan tarikh bagi bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Justeru itu, adalah penting lokasi sebuah balai cerap yang dibina perlu mempunyai kesesuaian kenampakan ufuk sebelum penubuhannya bagi melancarkan aktiviti-aktiviti mencerap terutamanya bagi cerapan hilal. Oleh itu, Insitut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dalam usaha untuk membina sebuah balai cerap yang pertama di negeri Perak dengan kelengkapan infrastuktur mencerap yang moden juga sebagai pusat rujukan pengamal falak di Malaysia. Sehubungan dengan itu, sebelum pembinaan balai cerap ini, telah dilakukan sebuah kajian bagi melihat keadaan ufuk di tapak lokasi balai cerap INSTUN tersebut. Maka kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenalpasti keadaan ufuk di tapak lokasi pembinaan balai cerap yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti berkaitan Falak dan Astronomi.
Laporan penuh kajian dipaparkan pada portal ini.
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago