Suka Artikel ini Download PDF
TANAH OH TANAH : SIRI KE 57
PEROLEHAN TANAH UNTUK PROJEK ZON BEBAS PELABUHAN KLANG (PORT KLANG FREE ZONE - PKFZ) : SUATU REFLEKSI
(BAHAHIAN KETIGA â TERAKHIR)
4. ANTARA PENGAMBILAN DENGAN PEMBELIAN: MANA YANG MENAWARKAN HARGA YANG LEBIH BAIK KEPADA TUAN TANAH.
Tuan tanah yang tanahnya diperlukan oleh kerajaan akan dibayar dengan bayaran yang setimpal. Jika tanah diambil melalui kaedah jual beli, tuan tanah akan menerima dalam bentuk harga jualan; jika diambil mengikut APT 1960, tuan tanah akan menerima dalam bentuk pampasan. Pokoknya nilai dan wang. Dalam proses jual beli, harga ditentukan melalui proses rundingan atau perbincangan. Pada kebiasaannya, tuan tanah ingin menjual dengan harga yang tinggi, sementara pembeli menginginkan dapat membeli dengan harga yang rendah. Dua kehendak yang berbeza. Ini lumrah dan normal. Fokusnya harga dan wang. Lantaran itu, berlakulah satu proses yang dipanggil tawar menawar antara bakal pembeli dengan bakal penjual dalam mencapai satu kesepakatan harga. Ketika harga yang diminta dan harga yang ditawarkan tidak dipersetujui, mereka akan mengambil masa untuk berunding. Akhirnya, harga pada titik keseimbangan akan dipersetujui oleh pembeli dan penjual. Dalam keadaan ini, permintaan akan dipenuhi oleh penawaran pada (titik) harga keseimbangan pada masa yang tepat, tempat yang sesuai dan harga yang dipersetujui. Maka, berlakulah transaksi jual beli pada harga yang dipersetujui oleh kedua-dua penjual dan pembeli berasaskan kerelaan setelah masing-masing membuat penilaian.
Sila download untuk baca selanjutnya
Â
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago
- 1 month ago
- 1 month ago