Suka Artikel ini Download PDF
TANAH OH TANAH : SIRI KE 53
TANAH BERKONGSI GERAN (BAHAGIAN PERTAMA)
1. ISU
âHari Sabtu dan Ahad yang lepas, aku ada banyak site visit, terutama untuk bantu klien yang ada masalah sempadan tanah. Maklumlah klien tengah bercuti hujung minggu. Jadi mudahlah kalau nak bawa aku untuk site visit. Al kisah kali ni, aku nak kongsi sikit masalah tanah Cikgu As. Dia baru sahaja membeli tanah seluas 1/2 ekar dengan sebuah rumah di Hulu Langat. Harga RM80 ribu. Lokasi memang menarik. Banyak pokok buah-buahan. Siap ada kolam ikan lagi. Kalau pencen duduk sini, memang sesuai, sebab banyak pokok. Bila banyak pokok, banyak oksigen. Tanpa banyak cerita, dia telah bayar tunai RM80k. Kemudian buat pindah milik dari tuan tanah asal kepada nama dia. Sekarang ni nama dia dah tertera dalam geran. Happy sangat dia. Masa site visit hari sabtu tu, dia tunjukkan sempadan tapak rumah yang dia beli, kononnya dari pokok bunga sini sampai pokok mangga sana. Dari jalan sini sampai sungai sana. Macam tu lah lebih kurang. Tidak ada pun sempadan khusus. Jadi dia minta aku ukurkan sempadan bahagian dia, kemudian buat semakan zoning tanah, tempoh pajakan dan cari nama-nama pemilik lain. Tadi aku dah pun buat carian persendirian di Pejabat Tanah. Bila aku semak, memang betullah nama dia telah ada dalam rekod daftar Pejabat Tanah. Bahagian dia 1/20. Tanah ini pula akan tamat tempoh dalam tahun 2062, bila tamat tempoh, Cikgu As kena mohon lanjut tempoh pajakan. Kategori tanah adalah pertanian. Dan yang paling hebat. tanah ini cuma seluas 9.8 ekar tapi ada 57 orang pemilik dalam satu geran. hehehe.. ayoooo.. ini dah macam setinggan. So, kalau kamu nak beli tanah, elakkan dari beli tanah macam ini. Tanah macam ini tidak ada nilai. Nak cagar susah, sebab tak de geran individuâ.
Sila download untuk baca selanjutnya.
Â
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago