Suka Artikel ini Download PDF
TANAH OH TANAH : SIRI KE 51
ANTARA KEPENTINGAN INDIVIDU DAN KEPENTINGAN AWAM DALAM PENGAMBILAN TANAH
(BAHAGIAN KEDUA BELAS)
18.3 Public Purpose Yang Tertangguh, Tidak Terlaksana dan Tanah Terbiar
Terdapat banyak unsur ketidakpastian dan risiko dalam menguruskan projek pembangunan. Antaranya ialah projek ditangguh atau dibatalkan atas faktor kewangan dan lain-lain. Oleh kerana proses pengambilan tanah telah selesai dan projek tidak dilaksanakan; tanah tidak dibangunkan dengan sebarang projek, maka public purposenya tergantung dan tidak tercapai. Rakyat, masyarakat dan orang ramai tidak mendapat sebarang manfaat dan faedah daripada pengambilan tersebut. Matlamat dan tujuan pengambilan tanah tidak terhasil dan tidak tercapai. Situasi ini telah, sedang dan mungkin akan terus berlaku. Ada di antara tanah tersebut disewa atau dipajak. Dalam keadaan tertentu, oleh kerana tidak ada tindakan menjaga tanah yang telah diambil balik, maka tanah tersebut terbiar. Laporan Jabatan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri Johor Tahun 2006 melaporkan bahawa di Daerah Muar mendapati 14 daripada 22 projek atau 63.6% pengambilan tanah masih belum dibangunkan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 8 tapak telah diambil milik daripada tahun 2002 hingga 2005. Antara projek yang dicadangkan ialah sekolah, padang
rakyat, pusat sukan, klinik, stadium dan pusat pentadbiran. Foto 4 menunjukkan tapak dewan serbaguna yang belum dibangunkan di Mukim Parit Bakar, Muar.
Sila download untuk baca selanjutnya
Â
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago
- 1 month ago
- 1 month ago