Suka Artikel ini Download PDF
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah, Bandar Behrang 2020 telah mengadakan semakan arah kiblat sempena peristiwa fenomena Istiwaâ Adzam pada 15 Julai 2020 bersamaan 23 Zulkaedah 1441 bertempat di masjid tersebut. Seramai 50 orang hadir menjayakan program ini yang terdiri daripada Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid-Masjid sekitar Daerah Muallim dan komuniti setempat. Turut hadir pada program ini ialah Pengarah INSTUN, Puan Norehan binti Omar. Dihadiri jua, Ketua Bahagian Ukur dan Pemetaan, INSTUN Sr Ahmad Azmi bin Hashim. Oleh kerana pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), program ini dijalankan sepenuhnya mematuhi Standard of Procedure (SOP) dari semasa ke semasa. Diantara aktiviti yang diadakan sebelum semakan arah kiblat pada jam 5.28 petang adalah taklimat ilmu Falak dan teori semakan arah kiblat yang disampaikan oleh tenaga pengajar dalaman INSTUN dan setelah itu solat asar berjemaah disempurnakan di masjid tersebut. Aktiviti semakan arah kiblat dilakukan dengan bimbingan daripada fasilitator INSTUN. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Â
Â
Â
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago