Suka Artikel ini Download PDF
LAPORAN PEROLEHAN BACAAN GPS ‘FIRST ORDER OBSERVATION’ BAGI PENANDA ARAS GPS DI BAWAH PROJEK PEMETAAN SESAR AKTIF DAN RISIKO GEMPA BUMI DI BUKIT TINGGI DAN JANDA BAIK, BENTONG, PAHANG.
24 HINGGA 27 JULAI 2018
.................
INSTUN khususnya Bahagian Ukur dan Pemetaan membantu untuk menjalankan cerapan di bawah Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Risiko Gempa Bumi Negeri Pahang. Hasil jemputan dan perbincangan lanjut Jabatan Mineral dan Geosain (JMG), INSTUN bersedia membantu menjalankan cerapan bermula dari 24 Julai 2018 hingga 27 Julai 2018.
Tugasan bermula pada 24 Julai 2018 dengan orentasi kawasan untuk mengenalpasti dan merancang lojistik bagi melaksanakan cerapan pada hari berikutnya. Tiga monumen telah kenalpasti iaitu di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Janda Baik (JMG.C.BTG.JB/01) bagi monumen pertama, Elektrisola (Malaysia) Sdn Bhd (JMG.C.BTG.JB/02) bagi monumen kedua dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) (JMG.C.BTG/01) bagi monumen ketiga.
Cerapan telah dijalankan pada 25 Julai 2018, mengambil masa selama 3 jam 30 minit secara serentak di 3 monumen yang telah di kenalpasti semasa orentasi kawasan yang telah dibuat sebelum ini. Masa cerapan bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.
Pemprosesan dijalankan pada 26 Julai 2018 dengan menggunakan perisian Trimble Business Center versi 3.81. Menggunakan data stesen rujukan yang di muat turun dari sever jupem www.rtknet3.gov.my/SpiderWeb. Stesen rujukan yang digunakan adalah stesen UPMS (Universiti Putra Malaysia), BENT (Bentong, Pahang) dan TLOH (Temerloh Pahang).
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago
- 1 month ago
- 1 month ago