Suka Artikel ini Download PDF
Pelan Akui (PA) bermakna pelan berkaitan tanah yang disediakan mengikut format yang telah ditentukan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) setelah ukuran halus dijalankan dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan. Ianya adalah dokumen bagi tujuan pengeluaran Hakmilik Tanah Tetap dan merupakan produk akhir ukuran ukur kadaster (Kadaster merupakan satu bidang ukur yang akan menentukan kedudukan dan keluasan sebidang tanah itu sebagai hakmilik seseorang).
Harga belian PA adalah berdasarkan kepada Perintah Fi dan Bayaran (Perkhidmatan, Data Ukur dan Pemetaan serta Reproduksi) 2010. PA boleh diperolehi dari Pusat Khidmat Pelanggan Ibu Pejabat JUPEM atau JUPEM Negeri atau secara atas talian melalui e-Biz JUPEM Geoportal.
Infografik ini memaparkan maksud Pelan Akui dan elemen yang terdapat pada Pelan Akui tersebut.
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago