Suka Artikel ini Download PDF
Orbit ialah satu jalan atau landasan yang dilalui oleh objek mengelilingi satu titik atau jasad, contohnya orbit sebuah planet mengelilingi sebuah bintang. Planet dan satelit mengikuti orbit eliptikal dengan pusat jisim mengorbit titik fokus elips sebagaimana diterangkan hukum-hukum Kepler mengenai pergerakan planet. Hukum-hukum Kepler ini ditemui oleh seorang ahli matematik dan astronomi Jerman, Johannes Kepler.
Terdapat tiga (3) hukum matematik yang menerangkan pergerakan planet dalam sistem suria mengikut hukum-hukum Kepler iaitu:-
i. Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di salah satu fokusnya;
ii. Satu garis yang menyambungkan planet dengan matahari mencakupi luas yang sama ketika selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbit; dan
iii. Kuasa dua (konsep matematik) bagi tempoh orbit planet berkadar terus dengan paksi semi major kuasa tiga (konsep matematik) bagi orbit tersebut.
Infografik ini memaparkan jenis-jenis orbit.
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago