Suka Artikel ini Download PDF
Aras dalam istilah ukur kejuruteraan adalah bermaksud maklumat ketinggian titik-titik di atas permukaan Bumi yang diperlukan dalam melaksanakan pelbagai kerja-kerja ukur kejuruteraan yang berkaitan. Menurut takrifan tanda aras dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), tanda aras ialah titik atau tanda yang mempunyai nilai ketinggian di atas permukaan Bumi yang relatif kepada sesuatu datum rujukan ketinggian.
Jika kita melalui jalan raya utama sama ada lebuh raya atau jalan persekutuan, kita akan perasan di tepi laluan jalan raya tersebut, terdapat pelbagai jenis batu/ tanda. Ada yang batu LV iaitu batu bervoltan rendah, batu petanda iaitu batu yang memaparkan jarak untuk ke sesuatu destinasi dan pelbagai jenis batu/ tanda.
Namun, tahukah anda terdapat dua (2) jenis tanda aras iaitu Tanda Aras Piawai atau Standard Benchmark (SBM) dan Tanda Aras atau Benchmark (BM) dimana tanda aras ini mempunyai nilai-nilai ketinggian aras?
Infografik ini memaparkan tanda aras yang terdapat di bahu jalan raya di Malaysia.
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago