Suka Artikel ini Download PDF
Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau 'Drone' merupakan pesawat kecil tanpa Juruterbang yang boleh diprogramkan untuk tujuan penerbangan. UAV berkomunikasi menggunakan radio dan Global Positioning System (GPS) dengan sistem kawalan di darat. Di Malaysia, perkembangan penggunaan UAV adalah seperti dalam bidang pemetaan skala besar, perancangan kelompok pertanian, pemantauan projek pembangunan, pemantauan trafik & cuaca dan untuk kegunaan penyelidikan pihak-pihak berkenaan. Dari segi penguatkuasaan aktiviti penerbangan dron di Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia telah menggariskan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 (MCAR 2016) Peraturan 140-144 untuk panduan orang awam.
Selain CAAM, Jabatan/ Agensi lain yang terlibat dalam penguatkuasaan penggunaan UAV di Malaysia ialah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) & Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Kesemua Jabatan/ Agensi ini mempunyai arahan penguatkuasaan yang berkaitan.
Infografik ini memaparkan Jabatan/ Agensi lain yang terlibat dalam penguatkuasaan penggunaan UAV di Malaysia.
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago