Suka Artikel ini Download PDF
Projek penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Kaedah Penawanan Data UAV dalam penjanaan 3D Model Bangunan. Jika sebelum ini kita menggunakan kaedah konvensional dengan membuat pengukuran butiran dengan menggunakan alat Total Station dan penjanaan 3D model dengan menggunakan perisian CAD.
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah bermula dengan penyediaan titik kawal bumi. Titik kawal bumi dicerap dengan menggunakan Alat GPS Trimble R10. Seterusnya perancangan misi penerbangan dijalankan dengan menggunakan aplikasi DJI Go 4 dan Pix4Dcapture. Alat UAV yang digunakan untuk menawan data ialah DJI Phantom 4. Setelah gambar udara diambil, seterusnya ia diproses dalam perisian Pix4Dmapper untuk menjana 3D model bangunan. Laluan penerbangan yang diguna pakai dalam kajian ini adalah double grid dan juga circular.
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago